Jumaat, 4 Januari 2013

kenderaan kereta lelong - 2013 Jualan lelong pada hari Khamis Jumaat Ahad




kenderaan kereta lelong - 2013 Jualan lelong pada Khamis Jumaat dan Ahad. Jika sebelum ini jualan kenderaan lelong dibuat pada Sabtu dan Ahad serta kenyataan pada blog sebelum ini yang menyatakan hari lelong kenderaan pada hari sabtu dan ahad. Berikutan perubahan hari jualan kenderaan lelong, iaitu bermula Januari 2013 jualan kenderaan lelong pada hari Khamis Jumaat dan Ahad. Walaupun terdapat jualan kenderaan lelong pada hari-hari yang lain di tempat lain dan ianya tiada kaitan dengan Guide Service lelongline.
Bagi memudahkan anda untuk mendapatkan khidmat bimbingan / guide service pembelian kenderaan yang dijual secara lelong. Buat pendaftaran dan bayaran fees guide pada hari Isnin atau Selasa. Setelah anda buat pendaftaran dan bayaran fees guide, anda dibawa bersama sekali ketempat jualan kenderaan lelong dan diberikan guide / panduan pembelian kenderaan lelong. Anda dibawa bersama sekali ke tempat jualan kenderaan lelong pada hari Khamis.
Dengan bimbingan / GUIDE, pembeli lebih mudah memahami proses / prosedur asas pembelian kenderaan / kereta LELONG. Bagi tujuan membuat pembelian kenderaan yang dijual secara LELONG, baca keseluruhan kandungan blog http://lelongline.blogspot.com/  dan fahaminya, hubungi / CALL 0126474813 atau 013 255 2000 untuk ke tempat  jualan kenderaan LELONG.

Khamis, 17 Disember 2009

A kereta lelong


Pelbagai jenis kereta proton produa honda ford nissan mercedes volvo bmw seperti wira waja savy exzora perdana kancil viva alza dan semua jenis kereta yang biasa di atas jalanraya . Sebagaimana biasa pembeli yang membuat finance dan tidak mampu atau tidak membayar 3 bulan berturut-turut pada pihak bank , kenderaannya di tarik dan seterusnya kenderaan ini di lelong. Dapatkanlah kenderaaan dengan harga yang murah dan mudah melalui pembelian di tempat kenderaan lelong. Setiap minggu pada hari sabtu dan ahad dari 200 - 1000 unit kenderaan yang di jual secara lelong . Harga dari RM 500 atau 1/3 dari harga pasaran, tarikh dan masa yang ditentukan oleh pihak syarikat kewangan atau Finance.

Kini, terdapat lebih 10 ribu unit kenderaan yang di tarikh oleh syarikat kewangan dan finance untuk di jual secara lelong. CALL 012 6474 813 untuk 'guide' ke tempat kenderaan lelong.
Kebiasaannya 'Usedcars Dealer' dapatkan kenderaan untuk dijual yang diambil ditempat kenderaan lelong ini dan kini pembida / pembeli individu juga boleh dapatkan kenderaan pilihan samaada untuk diguna sendiri atau untuk dijual. 'Guide' diberikan untuk mendapatkan kenderaan di tempat lelongan kenderaan. Semua jenis kenderaan sedia untuk dijual secara lelong, masuk ke tempat lelong, buat pemeriksaan dan masuk proses biasa lelongan.

Pelbagai andaian mengenai kenderaan lelong ini, pada kebiasaannya menganggap sebagai kenderaan curi dan mengatakan satu penipuan. Memandangkan kita bebas membuat pelbagai pandangan dan pendapat ianya merupakan perkara biasa. Mungkin diluar pemikiran kita bertanyakan dimanakah dealer usedcars dapatkan kenderaan untuk di jual jika kenderaan baru ada kilang pemasangannya tetapi kereta terpakai ini dimana pula stornya?. Kita tidak pelik jika lihat kenderaan plat J di kedah atau plat A di johor. Ini mungkin orang kedah beli kereta kat johor dan orang johor beli kereta kat perak. Jika seunit dua mungkin lah biasa tetapi jika bersepah-sepah kenderaan plat W dan B kat seluruh malaysia, macamana kita nak kata. Usedcar dealer dah lama buat duit, kita lah penyumbang keuntongan padanya dan kita cuma pandai buat andaian dan macam-macam cerita lawak bodoh.

Buat apa beri orang lain untong besar sedangkan kita tidak pun sekaya mana, jadi buatlah pilihan bijak dengan memiliki kenderaan yang diperlukan dipusat jualan kenderaan secara lelong. Jangan cari beban dengan membuat 'loan' & pinjaman kenderaan, ingat bukan hanya pokok yang perlu dibayar, bunganya juga perlu diberikan dan sengsaranya bukanlah sekejab tetapi deritanya 'Tangung Sendiri' jadi LUU PIKIR LAA SENDIRI.

"GUIDE" diberikan, antaranya panduan pembelian kenderaan lelong, pembeli/pembida dibawa ke tempat jualan kenderaan lelong samaada pada Sabtu dan Ahad, dapatkan 'list' kenderaan lelong, buat pemeriksaan dan masuk proses lelongan. Kenderaan yang dapat di tempat lelongan dibuat pemeriksaan puspakom bagi memastikan selamat dari segi undang-undang dan kenderaan berkenaan. Juga terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diketahui berkaitan kenderaan lelong yang berhubung dengan polis jpj kastam puspakom finance atau syarikat kewangan yang akan diberikan panduan semasa dibawa masuk ke tempat kenderaan lelong.

Terdapat pelbagai tafsiran atau pandangan mengenai jualan kenderaan LELONG, pendapat yang negetif dan pelbagai khabar-khabar angin serta cakap-cakap umum yang kurang jelas. Kinidengan GUIDE yang diberikan dapat menjelaskan keadaan yang sebenar. Kenyataan yang sebenar samaada yang baik atau sebaliknya diberitahu melalui GUIDE yang diberikan. Secara umum terdapat beberapa 'part' dalam proses jualankenderaan LELONG. Part yang pertama ialah Syarikat Kewangan Berlesen atau 'Finance', 'Penarik Kereta', Stor Penyimpanan, Tempat dan Juru Lelong berlesen. Mengenai kaitan JPJ, Polis, Pupakom, Kastam adalah dalam bidang kuasa undang-undang. Kesemuanya ini diberikan panduan/GUIDE semasa dibawa masuk ke tempat kenderaan LELONG. Ini adalah kerana ada perkara yang boleh dilihat dan ada yang perlu diketahui serta yang tidak dinyatakan dengan jelas.

Melalui pelbagai pertanyaan yang diterima, nampaknya pengetahuan awam mengenai kenderaan yang dijual secara LELONG ini boleh dikatakan begitu rendah dan ada yang langsung tidak tahu. Ada juga yang hanya tahu daripada cakap-cakap saja dan ada yang hanya pernah dengar saja. Dalam kemajuan teknologi maklumat sesudah negara yang aman dan merdeka lebih 50 tahun, masih ada lagi yang tak ambil tahu dan rasa selesa setakat apa yang ada. Melalui 'GUIDE' ke tempat jualan kenderaan pada harga LELONG, saya menawarkan khidmat bimbingan ( GUIDE ) bagi pembelian kenderaan LELONG.

Antara soalan yang agak popular yang di terima adalah:

1. Meminta saya carikan kenderaan yang di inginkan.

Jawapan: Jualan kenderaan di tempat kenderaan LELONG adalah berbeza daripada jualan di 'secondhand used car'. jadi tak bolehlah nak buat apa yang ditanyakan. Pembelian kenderaan LELONG adalah mudah, pembeli/pembida dibawamasuk ke tempat kenderaan LELONG, dapatkan 'list'LELONGAN, buat pemeriksaan pada kenderaan, dapatkan kad pembida, sertai atau ikuti proses LELONGAN, buat bidaan kenderaan yang dikehendaki, tandatangan pada borang 'kontrak', buat bayaran kenderaan dan ambil kenderaan di stor.

2. Nak tahu dimana alamat tempat kenderaan LELONG.

Jawapan: Ada 2 tempat yang terbesar tempat kenderaan LELONG, 1 di Kuala Lumpur dan lagi 1 di Petaling Jaya. Dan tempat-tempat ini akan di"BAWA" masuk. Maksudnya pembeli akan dibawa ke tempat berkenaan. Jika diberitahu alamat, nak tahu pula macamana nak beli, nanti nak tahu apa prosedur dan macam-macam lagi, nanti saya cuma jadi kaunter pertanyaan yang hanya jawab pertanyaan. Adalah lebih baik pembeli dibawa dan dibimbing (GUIDE) untuk beli kenderaan LELONG, selama beberapa jam pembeli akan bersama saya/pembimbing untuk proses 'GUIDE' pembelian kenderaan LELONG dan pada masa itu nanti akan diberitahu proses & prosedur pembelian kenderaan LELONG. Memandangkan soalan alamat kerap diterima, di sini saya jelaskan bahawa jika hanya tahu alamat tetapi tidak ada sesiapa yg GUIDE dan tidak tahu apa-apa tentang proses dan prosedur kenderaan LELONG, cuma tahu tengok kereta saja di nasihatkan supaya tidak perlu masuk dan beli kenderaan LELONG. Ini cuma buang masa dan wang saja. Difahamkan sekali lagi bahawa, pembeli di 'BAWA' masuk dan GUIDE diberikan.

3. Mengenai pembayaran/fees untuk 'GUIDE'.

Jawapan: Untuk masuk dan 'GUIDE' ke tempat kenderaan LELONG, pembeli dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM 2,000. Bayaran ini adalah untuk bimbingan 'GUIDE' pembelian kenderaan LELONG. Dan bayaran ini bukannya bayaran deposit untuk kenderaan tersebut, ianya hanya untuk bayaran 'GUIDE' sahaja. Pembelian kenderaan di 'secondhand usedcar', jika ada orang nak beli kenderaan kita boleh jadi 'BROKER' dan dapat komesyen atau duit kopi dari 'dealer usedcars'. Tetapi berbeza pembelian kenderaan di tempat LELONGAN ini, jika berapa unit kenderaan dibeli, orang yang bawa tidak akan diberi 'duit kopi'. Ini bermakna jika tidak dibuat pembayaran untuk 'GUIDE' tidak perlulah untuk ke tempat kenderaan LELONG. Dan teruskanlah dalam keselesaan beli kenderaan di'secondhand usedcars' dan buatlah 'loan' atau pinjaman dan tanggunglah beban hutang. Ada juga yang nak minta masuk ke tempat jualan kenderaan LELONG, nak tengok dulu, jika ada kenderaan yang dikehendaki barulah buat bayaran 'GUIDE'. Ada juga yang 'cauntin' jika boleh minta dapatkan kenderaan yang diingini dan bila dah ada berikan padanya nanti terus bayar. Pelbagai lagi ayat-ayat atau bahasa yang lemak manis bagi mengelakkan untuk buat bayaran 'GUIDE'. Pengalaman lebih 10 tahun dan dah berpuluh ribu unit kenderaan LELONG di uruskan dan dah banyak ragam orang yang dah di temui. Jika pembeli benar-benar serius ikutlah prosedur yang ditetapkan dan buatlah bayaran 'GUIDE' serta ikutilah proses pembelian kenderaan di tempat jualan kenderaan LELONG.

4. Ada juga yang saja-saja nak masuk tengok-tengok tempat kenderaan LELONG.

Jawapan: Mungkin masa yang kurang sesuai, jika masa pembeli ada,masa saya pula yang tak ada. Jika ikutkan hati nak juga buat rombongan atau lawatan bagi semua rakyat malaysia lebih kurang 30 juta nei masuk kat tempat kenderaan LELONG, biar semua orang tahu dan lepas tu ' dealer secondhand usedcars' makan angin berlaukkan batu dan minum sirap air mata sebab dah tak boleh cari makan. Tetapi disebabkan ruang dan masa tidak mengizinkan. Lagi pun jika saja-saja nak tengok-tengok mungkin atau cuma buang masa dan lagi ianya tidak praktikal. Biarlah pembeli mempunyai komitmen dan benar-benar serius untuk mendapat 'GUIDE' membeli kenderaan LELONG.

5. Perlukah sambung bayar kenderaan yang dibeli di tempat kenderaan LELONG ?

Tidak pernah ujud atau tidak pernah berlaku 'sambung bayar' kenderaan yang dibeli di tempat kenderaan LELONG. Setelah pembeli mendapat dan membayar, semua dokumen akan diberikan dan Geran, Borang JPJ3 - tukar nama, surat pelepasan bank dan lain-lain dokumen diberikan. Jadi tidak lagi perlu membuat apa-apa bayaran pada mana-mana pihak.

6. Bagaimana keadaan kendearaan LELONG.

Ada 2 perkara kritikal yang perlu di ketahui, keadaan fizikal kenderaan dan status kenderaan berkenaan. Keadaan fizikal yang boleh di lihat dan status kenderaan samaada ada geran atau kad pendaftaran ada / tidak, saman dengan polis / jpj, masalah dengan kastam, masalah dengan puspakom dan sebagainya. Jika keadaan fizikal kenderaan yang boleh dilihat dan di pegang seperti kenderaan yang kemek, pecah, 'part missing', kunci tiada dan lain-lain yang boleh di lihat. Jika pembeli membeli kenderaan berkenaan bererti telah sedia ambil resiko untuk baiki kenderaan berkenaan. Tetapi jika status kenderaan yang ada kaitan dengan polis, jpj, kastam, puspakom dan lain--lain, ini agak sukar di ketahui kerana tidak di nyatakan dengan jelas. Jadi tujuan mendapatkan 'GUIDE' adalah untuk panduan bagi mengetahui proses dan prosedur bagi pembelian kenderaan LELONG ini.

Banyak lagi soalan yang ditanyakan, ada antara soalan yang menunjukkan tahap pengetahuan dan ada yang nak tambah pengetahuan. Saya menghargai perhatian anda dan saya sedia memberikan 'GUIDE' dalam proses pembelian kenderaan LELONG. Amat perlu diingatkan bahawa saya tidak akan memberikan JANJI SYURGA dalam proses pembelian kenderaan LELONG ini. GRANTI, CONFIRM. SEMUA OK dan macam-macam JANJI SYURGA, ini semua kerja gila macam penjual ubat di kaki lima. Apa yang boleh saya berikan adalah yang didalam bidang kuasa dan TIDAK MENYALAHI UNDANG-UNDANG serta mengikut proses dan prosedur yang di tetapkan.

Jika sekadar nak tahu alamat tempat kenderaan LELONG, di rasakan cuma buang masa dan tidak ada apa-apa faedah. Ini adalah kerana jualan kenderaan LELONG ini adalah amat berbeza dengan jualan di 'secondhand used car'. Jika ada antara 'dealer secondhand used car' pun tidak tahu cara pembelian kenderaan LELONG ini, ini kan pula pembeli individu. Pengetahuan kita adalah terhad dan bukan semua perkara kita tahu. Oleh itu relevan atau rasionalnya ikuti GUIDE ini ada asasnya. Pengalaman saya bersama 'dealer' yang tidak tahu proses dan prosedur pembelian kenderaan LELONG ini. Dan ada yang menjadi 'truma' dengan tempat kenderaan LELONG ini. Dan yang nyatanya kebanyakkan 'Dealer secondhand usedcars' khususnya dari kaum cina dan kini kaum india dah pun buat duit dan dah dapat untong dengan jualan kenderaan yang diambil di tempat kenderaan LELONG. Dan yang terkini pendatang dari pakistan, afrika dan sebagainya pun dah masuk beli kenderaan di tempat LELONG ini dan jual pada penduduk tempatan. Penduduk tempatan cuma ngaga saja, kerja penat-penat beri duit pada orang lain sebab ambil kereta dengan pinjaman, jadi kenalah bayar hutang dan kita boleh kereta orang lain buat harta. Orang lain pandai buat harta, kita cuma pandai buat cerita dan negera dah merdeka lebih 50 tahun,pengetahuan kita masih dijajah sebab selesa sekadar yang ada.

Ada pandangan diberikan pada ruangan komen yang mengatakan pelbagai kerenah, masalah dan bermacam-macam perkara yang tidak baik mengenai jualan dan pembelian kenderaan LELONG. Saya akui ianya ada kebenarannya, ini yang dilalui oleh sebahagian yang tidak ada pengetahuan, tiada'GUIDE' dan cuma guna kaedah R & B- Redah n Blasah. Inilah yang saya katakan orang yang jadi 'truma' dengan tempat kenderaan LELONG. Sejak lebih 10 tahun jualan kenderaan secara LELONG dibuat, sudah banyak yang mendapat faedah dan menjadi kaya. Memahami proses dan prosedur jualan dan pembelian kenderaan LELONG amat penting, jadi wajar mendapat 'GUIDE' bagi pembelian kenderaan LELONG.

Proses dan prosedur pembelian kenderaan LELONG adalah tertakluk pada undang-undang sediada, pengetahuan mengenai kenderaan LELONG dan cara-cara mengenali atau mengetahui masalah perlu dipelajari. Terdapat kecenderongan dari komen yang diberikan di bawah yang bertanya soalan-soalan yang telah dinyatakan di atas. Tanya alamat, minta carikan kenderaan yang dikehendaki, tanya harga, minta nak tengok kereta yang ada dan juga ada yang beri pendapatatau pengalaman 'ngeri' atau dah 'truma' dengan tempat kenderaan LELONG. Dan tak kurang juga yang nmengatakan semua kenderaan LELONG adalah yang rosak atau tidak selamat dan perlu dibaiki selepas dibeli.

Dealer secondhand usedcar beli kenderaan tempat LELONG dan jual pada pembeli, tidak ada pula yang kata apa-apa. Tidak semestinya beli kenderaan pada Dealer, kereta tu tidak rosak. Kereta potong disambung, tahu bila ada kemalangan dan pembelinya dah jadi arwah. Kereta sama nombor plat, tahu bila kena tangkap dan kenderaan disita serta jika nasib tak baik tidur kat lokap kerana memiliki barang curi. Bermacam-macam lagi kisah sedih yang terjadi pada pembeli kenderaan samaada pada Dealer atau pada penjual kenderaan terpakai yang pernah berlaku dan tersiar dimedia dan di akhbar.
Pembelian kenderaan LELONG dimana pembeli di sebut sebagai 'pembida' dan perjanjian yang dipanggil 'kontrak' apabila berjaya mendapat dalam bidaan. Ini adalah antara prosedur pembelian yang mengikut undang-undang. Dan banyak lagi perkara perkara yang dinyatakan semasa 'GUIDE' diberikan.
Pelbagai pertanyaan yang diterima, ada yang bertanya apa yang telah dinyatakan diatas dan ada yang meminta saya membuat JANJI SURGA seperti GRANTI, COMFIRM dan pelbagai lagi ayat-ayat yang berbunga-bunga. Dan ada yang cuma beri email, sms dan lebih kritikal ialah mess call. Di sini saya harapkan supaya visitor, pembaca dan bakal pembeli lebih serius dan mempunyai komitmen.